Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Baby sitter

Minggu ni aku jadi baby sitter. Nak tengok kanak kanak nye...?


Thursday, May 31, 2012

hallo people

Blog ni bukannya bukannya dah bersawang dah..kalau ini adalah rumah betul siap dh ade makhluk halus menumpang dah sebab sunyi sangat. Aku bukannye ape..aku busy di twiiter. Kalau nak bace pasal aku..tweethandle aku is @diella15 . wah diella kau bajet kau retis ramai orang bace blog and terus nak follow kau? tiadalah maknanya weh.

Sekarang aku nak backing diri aku apsal lame aku tak update blog selain daripada aku lebih galak bermastautin di Twitter. Sebabnya adalah seperti berikut:

1) aku dah malas nak tangkap gambar. sebab pada aku apalah maknanya blog tidak bergambar kan. dah lah ayat2 dalam blog aku ni bukannye sedap pon untuk korang bace. bukannye macam blog yayang aku tu. walaupun entri pendek tapi cam pandai lah die susun ayat. mungkin sebab die teacher

2) Aku busy kesana kemari teman kan orang appointment insuran bagai. So kalau sesiapa belum ada insuran tapi berminat nak mengetahui lebih lanjut pasal Prudential BSN insuran ni, sila email aku kat gorgeousangel[dot]d[at]gmail[dot]com. Taknak amik pun takpe. menambahkan pengetahuan pasal insuran tak salah kan sebab aku faham mentaliti orang melayu ni, dah terkena baru nak beringat. sebab ade yang dah terkena masuk hospital berkali kali pun still tak nak ambik insuran jugak

3) aku dah tak tau apa nak cerita dalam blog aku ni. dulu aku rase macam blog ni macam diari aku so ape aku nak cerita, ape aku nak membebel aku akan blog kan. tapi sekarang aku rasa macam aku kena menjaga sensitiviti sesetengah pihak dan macam aku rasa life aku tak menarik sangat pun untuk diblog kan.

4) selain daripada malas tangkap gambar, aku juga malas nak transfer dan upload gambar. kene plak dengan sifat pelupa yang makin menular dalam diri lagilah membuatkan aku malas. Faktor usia mungkin

tu je lah aku punye self defense. ahahahahha. perlu ke defense diri sendiri as if macam ade orang baca kan. wahahha feeling sangat nok. tapi sekarang aku rasa macam aku nak blogging balik sesikit lah. sebab pendam banyak sangat pun tak boleh sangat ye tak. gila nanti jadinya. so long peeps

Tuesday, February 28, 2012

Words

I've typed and delete few times already. This is considered the my 3rd attempt to write something. Asal aku taip and aku bace balik..aku rasa orang tak perlu tau bebende tu semua. Adakah aku dah hilang semangat untuk blogging. Aku pun rasa macam tu. Hari tu aku rasa macam aku tak cukup masa...tapi kali ni aku macam taknak share apa yang aku rasa. Ke sebab dah banyak membebel dekat twitter aaa?

Aku punya tak cukup masa tu sampai anak aku pun aku tak sempat jenguk..

yg kt atas tu when i was in da ofc earlier..ni aku kt KD. sempatla tgk anak kecik kejap..dah besar die. dah makin garang. where was earlier..? ohhh semangat blogging entah ke mane. sebabnye aku mcm xnk share cerita aku. sebab? aku rasaa ade yg mcm xsupportive bile aku happy. shidot n teh tu mmg xla coz dorang dh masuk category lain.

so..bcoz of this aku jd mcm malas nk blog. lg satu aku mcm rasa bila aku share too much i have the tendency to jinx it. kang ade je yg tak kene. dh la my current situation mmg tak membantu...pfffft

dh la..aku malas nk membebel bebyk..i know this is wrong but...time will tell

Tuesday, February 14, 2012

Mess Mess Mess

Why am I always put myself in this kind of situation. adoih tak perlu la kot Diella oi. I didn't plan to fall in love with him. It was suppose to be friends going to a wedding together without any feelings. without any complications. tapi..tapi..tapi..how am I going to get myself out from this mess?

I gave my everything and anything in a relationship but why everytime..it's either because it got snatch by another women or I'm the other women. i don't deserve this. I deserve to be happy. I deserve someone who loves me..ONLY me. Banyak sangat ke permintaan aku ni. Besar sangat ke keinginan aku ni.

Aku tak mintak orang kasik aku segunung intan berlian. aku tak mintak orang good looking. cukup orang yang sederhana tapi sayang aku sangat sangat.

Tapi aku dah janji aku takkan walk away. no matter how hard..no matter how sad it makes me feel. I will not leave him cos that's my promise that I will take care of him. No matter what!!

Friday, December 16, 2011

Amok Lagi

Pagi tadi aku bangun dengan rasa yang tak best. Sebabnya if not aku sepatutnya I have something to do after my friend's wedding in Shah Alam tonight. But the it got cancelled du to some reason yang macam aku rase "ok fainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn". so die membawak kepada mood celakes harjad sampai ke bangun pagi tadi.

Boleh pulak ade yang menyakat bile aku tengah ketat. stress ok stress. dan memang sangat tak kelakar. but the funny thing was Aku tak cakap pun sebab ape aku amukan ablasa tapi dapat didetect. Demit..am i dat obvious la weh. dem dem dem

Sempena hal aku cancel malam ni..sat agi aku nak pegi wedding dengan penoh sesantek sekali. Padan muke kau nak peg karaoke kan. muaahhahaha..

After dat I'm off to Puchong to pick up my cousin sebab nanti die tompang balik kg. Wahahahha..kami sudara mara berjaya menghasut beliau untuk pulang bersama sama. so this weekend I'll be busy bergomolan dengan adik adik dan anak anak kecil. *cek duit cukup ke tidak nak bwk adik2 berjalan. Hampos aku wehhhh

hari ni aku berkebaya ketat. Setelah sekian lama tak berkebaya aku rase macam over dress plak gi ofic arini. Tapi lantak ko lah kan...hmmphhhhh

Thursday, December 15, 2011

Kulus Kuwus Kurus


Aku nak kurus cani balik..huwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Compatibility

eh jap..nak tanye "kenape things will never be the same"? Untuk I ke? Ke untuk tunang? ehhh..ok back to reality diella

I'm following zodiacfacts kat twitter. so hari ni die kasik compatibility. but actually this is not the first time. tapi aku perasan bebalik compatible dengan Leo. bebalik leo..asal bersefahaman je Leo. Tapi yang jejantan Leo ni tadek keje lain nak meninggalkan aku je . pastu datang balik..pegi datang pegi datang. Haish.

Yang sorang exboyfriend lagi best.and yes die Leo. Minggu sebelum bagai nak cakap sayang aku lagi bagai. Minggu lepas dah bawak pompuan lain. Kemain kau semangat. Adoihla hai. Asal kau pening kau sayang aku. Asal kau pening kau rindu aku.

Ye aku tau Leo punye ego memang besar matahari. Eh...sentap mak nak.

Yang masalahnye sekarang ni yang rajin mendekat dengan aku memang Leo lah kan. tapi yang buat pasal menyakit kan hati Leo jugaklah kan. Yang menyejukkan hati pon Leo jugak lah kan. Yang aku nak mengadu bagai pon semua Leo jugaklah. Walaupun mengadu dalam suara ketat..tetapppppppppppppp nak mengadu.

dan yang tak bestnye..aku tak compatible dengan Scorpio. Tapi ade pasangan Scorpio. Cemane tu..jengjengjeng

Wednesday, December 14, 2011

Perancangan untuk Hari Ini

Peringatan: Ini adalah entri buang masa untuk mengisi masa bosan.

Ini adalah sekadar plan la kan. sebab manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan. Petang ni balik aku nak mendobi..fuuhh..berikan lah aku kekuatan untuk melaksanakan hal yang satu ini.

Langkah langkah nya adalah:
1. Rendam tudum tudum dan anak tudum
2. Bawak turun baju berkaler dalam 16-18 helai dan masukkan ke dalam mesin basuh
3. Setelah 15 minit, basuh rendaman anak tudum dan tudum sekalian tersebut, perah dan idai (Ini kerja berat okkkaaayyyy)
4. Mesin dah berenti, idai pula sekawan baju tersebut

Memang empat perkara sahaja, tapi sakit blakang tuhan sahaja yang tahu untuk aku mengidai baju bajuan tersebut. Baju dah bertimbun, tudum2 dan 2 minggu tak berbasuh. Adoih...Jadi marilah kite gigih untuk hari ini.

Tadi ternampak status update orang di BBM "Lapar Prosperity Burger lak.." Trus aku pon lapa jugak. Padehal tadi dah makan biskut. ishh kalau dapat tu..dapnyeeee..



ha..tak sedap ke tu weh. sape nak bawak aku gie makan McD nie. Sape berani ajak kite kuar sile call atau watsapp ye. Sekian, terima kasih

Thursday, November 17, 2011

Consequences of...

3 late nights in a row and today I have to rely on this



to force myself to be awake.

Wednesday, November 9, 2011

Semalam buat pertama kalinya aku berjaya untuk tidak sakit otak sebelum tidur. Yay!! Terima kasih kepada otak yang berjaya tak sakit. Eh..ahahahaha. Mood blogging macam dah timbul kembali. Sebab time sakit otak aku memang malas nak update sebab nanti sakit otak itu berjangkit. Paksa move on pon tak guna kan. Hadap jelah sakit otak tu sendirian. Eh tadi bukan ko cakap ko dah tak sakit otak ke diella. Sadap yuhhh..

aku sekarang ade obsesi baru. Obsesi hari hari kene masuk website nie. Gile kentang weh punye tahap obsesi. aku salahkan kesayangan 1 dan kesayangan 2. diorang ni jahat dowh.. mempengaruhi aku menghabiskan duit jerk.

itu cerita pasal obsesi. Ini cerita pasal weekend yang tak pernah kosong. Adoih. mak aku nie. berjalan kesana sini je. takpe. bleh paw. ahahaha. This weekend ke Melaka. Friday lunch time aku trus racing ke Melaka. Sabtu baru pulang. Sunday ade agenda dengan mak aku if I'm not mistaken. But standard la agenda dgn mak haruslah pagi kan. :)

As for today nak ukur jalan to Hospital sungai buloh. after free lah kan..ahahaha..tatau nak pegi mane. hmmphh..tgk lah cemane. haish. eh dah.nk sambung buat keje..shoh shoh

*ye aku tau update aku cam harjad sket. busy dowhhh

Tuesday, October 4, 2011

ini baru betul

korang pernah benci tapi cintakan orang yang sama? Yes sekarang aku di dalam posisi tersebut. Ya Allah kalau ikotkan aku punye benci..benci ya amat amat dengan manusia ini. Bile benci aku datang macam nak jerit pekik depan muka die. rasa macam boleh mengeluarkan kata kata makian 88 muka surat dengan sekali nafas. Begitulah aku apabila membenci dirinya. Benci bila dia tidak relible. Yes aku benci orang yang tak reliable. Aku benci orang yang mengeluarkan statement "I'll confirm with you later". "Esok I call you". "You tido dulu..nanti I watsapp". Benci ya amat aku dengan orang sebegini sebab confirmation later tu nan adoooo.. "u..I letih keje". "You..I keje enam belas jam weekend lepas". dan segala macam you lagi. Bila cinta..eh salah tak cinta..tapi sayang. tapi bila sayang aku pada dia..Ya Rabbi rabbi sayang aku pada dia. Aku sayang dengan orang yang membiarkan aku dengan mengada dan manja aku. "you pemalu nak cakap banyak? Amboih dengan I bercakap tak berenti renti boleh pulak". "I terpacak kat depan tu you tak nampak? I ni macam batang pokok sangat ke?" "Ok I busy ni. Tido dulu *Emoticon ciom*". Ok cinta. Si bongok seorang ini memang ayatnya manis dengan aku ini. Long term aku memang taknak. He's not reliable and situasi memang tidak mengizinkan. Keluar sekadar suka suka. Tapi kebencian melebihi tahap kecintaan. Hahahaha. But at least he has the courtesy to see me on my birthday. Nak harap orang yang konon mau commit dan mengeluarkan statement I Love you lepas tu senyap. Hish ok itu cerita lain yang bisa membuatkan my blood go upstairs. Kesimpulan cerita aku..Aku senang pegi balik kerja tanpa aktiviti lain. Bergaduh dengan manusia ini wajib seminggu sekali. Alah bukannya boyfriend dan aku pasti dia bukan jodoh aku. So wat da hell kan.. when love and hate collides.

Thursday, September 8, 2011

Lame tak update

Yes..aku tau aku dah lama tak update. Kenape? Actually time bulan puasa hari tu aku busy sangat. Sebabnye aku busy baking. Memenuhi order order kuih kuih raya. Penat hokeyy..kene plak ulang alik ulang alik Sepang (itu salah kau sendiri yang sebok nak berkasih sayang) padan muka sendiri sebab orang tu tak sayang kau pon kan..wakakaka sebab lagi satu adalah..aku baru beli notebook. Aku jadikan diari. Bile aku dah menulis kat dalam diari tu macam bertindih tindih la plak kan kalo nak taip kat blog. Sebab itu kekurangan entri.. Cemane raye? Biase je tapi ade peristawa tak best. Dan untuk aku ceritakan kat sini pon tak best sebab melibatkan family. jadinye aku simpan jelah ye. Update lain? keadaan aku dengan omok seperti biase. camtu je. walaupun ade je kelakuan2 die yang menyakitkan hati *seperti lupa aku bile beraya. Tapi nak buat cemane nok...bukan bf mak kannnn...kau gatal nak jugak kuar dgn org tamau commit kan...fadan muka kau melahhh.. oh..ade orang kembali. serasi bersama katanya. dan aku baru sedar suara kitorang memang sesuai lagu duet. walaupun die kate aku dera die nyanyi lagu senja nan merah. biar la..lagu feveret aku laaa..sekali die pilih lagu tercipta untukku terus mak feeling feeling chenta walau terlarang. ewaahhh pastu aku gatal suh die nyanyi lagu Cinta Dalam Hati. haaa..terus meleleh leleh air mata. Tapi aku kaverline cemerlang. Die tak sedar langsung. Hahahaah.. eh dah la..kalau cerita pasal manusia seorang ni memang gugur jantung aku. biarlah kau disitu b..

Wednesday, August 3, 2011

tadi aku baru bace blog kak jemah nieh..dah sudah aku teringin nak buat nasi goreng pule. Cemane nieh. Aku baru lepas call Mak Ajis untuk mengusulkan cadangan tersebut. Tapi niat hati Mak Ajis nak kasik anaknya berbuka rendang harini sebab semalam aku tak balik sahur. Yang Pak Ajis pulak berkeinginan nak kasik anaknya makan siput sedut. Adoihla..sudahnya plan aku nak makan nasi goreng sardin adalah kensel. Suke atilah pasangan bercinta tu nak berlawan nak kasik anak dorang makan ape arini. Anak dorang ni bedal je sume makanan.

Semalam aku menonton Capten America. itu nantilah aku review ye. Semalam aku sakit kepala yang amat sangat semase tgk wayang tu. Sebabnye tonsil aku buat hal bengkak..jadi die tarik urat sampai ke kepala sakitnya. Sape yang pernah kene ni memang tau lah azabnye cemane kan.

petang semalam aku angin satu badan. kadang kadang aku rase ex boifren aku yang satu ini adalah sangat sour grape.

Contoh 1:
Dia: Destinasi seterusnya..Ampang
Aku: Buat ape pegi Ampang
Dia: Pegi bazaar Ramadhan aa
Aku: Oooo..saye tengah siap ni nak pegi Sepang
Dia: perrrgghhhh..nak pegi sepang jem gile..
Aku: ......

Aku mushykil..sejak bile plak MEX leh jadi JEM GILEEEEEE..naik turun highway je kot. and as expected perjalanan aku Alhamdulillah smooth and steady

Contoh 2:
Dia: Pegi Sepang buat ape
Aku: buka puasa. lepas tu kitorang nak tgk wayang
Dia: Citer ape?
Aku: Capten America
Dia: Alahh..saya dah tengok citer tu banyak kali dah
Aku: ....

Kau dah tengok sekali ke..banyak kali ke..itu ko punye pasal la..perlu ke dengan stetmen dan nada suara yang menjengkelkan. Ko stress ke GF ko jauh tak leh tgk skali? Ke stress aku kuar ngan kawan ko?

Kenape perlu buat stetmen dan konklusi dengan apa aku buat dengan hati aku ni? Kau dah buang dulukan untuk pegi kawen dgn perempuan yang kau cop gile lepastuberceraijugakkan. Ish aku susah la nak lupe ape yang manusia yang seorang ini dah buat kat aku. Aku cuba nak lupa tapi tetapppplaaa nak ungkit sampai mati. Maybe not the time yet. Kengkadang baik aku takyah kawan dengan manusia ni pun bagus jugak kan..

Tuesday, August 2, 2011

Semalam yang Gatal

Ape kene ntah aku ni tajuk entri camni plak sejak 2 menjak puasa nieh. Al-kisahnye semalam..aku nie seksaited lebih sebabnye mak ajis nak masak kari ketam. Waahh..aku sengsiang dah berangan pasal ketam ketam ketam..ibarat daripada jam 3 mak ajis bitau die nak masak ketam tu. daripada jam 3 lah aku dah ternampak nampak ketam tu melambai aku di depan mata.

Apabila time buka puasa menjelma..ketam itu ku letakkan di dalam pinggan. lalu ku kopek isinya..sekaliiiiiii..isinye lembik. Apabila isinye lembik..itu tandanya apa kawan kawan? Tandanya ketam itu sudah lama..Adoih..apabila sudah lama..maknenye alergik aku akan samekommmmmmmmmmmmmm...tapi ku tarah jua isi seketul tu..

hamik ko..2-3 suap je aku dah rasa kegatalan menjelma..tekak, badan, telinge semuanya gatal. Ini tak boleh jadi ni. Lepas je mkn seketul tu..tak mkn lagi sebab putus sudah selera..aku trus makan ubat ..solat dan terbaring..gatal weh..tgh layan alergik gatal tu..lapa le plak..turun le ke bawah mkn roti ngan serunding.

Lepas je ngapngapngap roti tu..aku trus pengsan sampai kol 3.30 pagi..dah sudah..kol 3.30 pagi terkelip kelip mata takleh tido blk.demla..jdnye skang aku ngantok ya hamat okkk...huhuhuh..sampai terlajak la tido pagi td nk dekat kol 8.15..muahahahha...

ok dh..korang g sambung buat keje..aku nak kemas meja yang maha sepah ini..wahahahaha

Monday, August 1, 2011

Aku puas

wah kau..1st day Ramadhan dah tajuk puas puas ni kan. Hahahah..al kesahnye last week ..minggu before puasa tu aku memang nekad untuk makan macam macam supaya aku tak craving di bulan puasa nie.

Isnin - MC..makan bubur je
Selase lepas - Daging black pepper (makan sorang sorang sbb ade orang sibuk buat pe bende ntah)
Rabu - EL tapi malam dapat mkn Sushi kat Alamanda
Khamis - Dok umah je mak masak sardin (fav nieh)
Jumaat - hamek kau..sotong telur masin..nasi goreng..siput sedut..ini adalah paling heaven
Sabtu - Sakit balik..seharian dok umah. tp pagi bedal nasi lemak
Ahad - Nasi lemak for breakfast. Nasi arab..ini impromptu punye kes.

Walaupun aku tak dapat nasi ayam dan teppanyaki. Tapi boleh la drpd tadek langsung kan..despite all the..eh abaikan. jadi bulan puasa ni aku tadek lah craving pe bende pown lagi. lapa tu tetibe plak rasa lapa kan. tp mcm tak teringin nak makan pape.

ok dah..malas nk taip..pesanan terakhir..

SELAMAT BERPUASA KORANGGG

Friday, July 29, 2011

aku yang sakit

sakit yang teruk tu takdelah teruk sangat. Tapi masalahnye suara takde ni. Actually Sabtu lepas aku upset ngan si omok tu. Bile upset mulelah tak sehat. Itu sakit ini sakit. Aku pun kengkadang benci dengan keadaan badan sendiri. tapi bak kate si omok..tu sume saikologi aku je. pandai jelah die. kalau aku semua saikologi..semua emosi. die tak tau aku ni wanita penoh ekspressi. hahahha..cam harem.

anyway..bile aku upset mulelah ke karaoke lah..pastu balik suare aku terus mute weh. Ahad menjelma..melepek je seharian di atas katil. Isnin MC. Selase kerja..Rabu EL lagi..pergh..tak larat weh. ubat die menggigil dibuatnye sbb dr tak mau kasik aku gune inhaler. Cukup amik nebulizer sampai 2 kali. die campurkan ubat batuk aku skali ngan ubat asthma. mak ni kalo kene ubat makan untuk asthma memang menggigil dibuatnye. jantung laju tak tentu hala. hish la..

ubat sebeban weh..siap untuk kahak ade course a,b,c dan d. bukannye makan sekali gus. abis A..sambung B..dan seterusnya..siot aaa..aku baru sampai B..ade lagi C dan D nie. Dr kate sbb bronkitis aku mengecut..so sbb tu berbunyik bunyik semput aku ni ha..camtulah die explain yang aku paham. apak aku je yg borak lebih sbb dr tu kawan die. byk klinik tak panel dan mahal pon takpe..janji kawan die. lepas tu anak die ni plak rasi dengan klinik tu nye ubat.

mak kan tekak mahal..oppssss...

semalam aku survey survey adiah untuk si omok tu. birthday die bulan 9 nanti. aku tengah terpikir nak kasik adiah ape. ikot napsu serakah aku ni..banyak aku nk kasik kat die nie. antaranya:

  • bateri BB - bateri die punye tahap kong memang menyakitkan hati aku lah kan. benci mak ok. mak dah la kuat meroyan. itupon nasib baik die tak layan. jd aku pendam jelah royanan aku untuk diri sendiri
  • kasut futsal - kasut futsal die dah jahanam. tp dh 2-3 minggu tak aktif main futsal. aktif besarkan perut jerk
  • wallet - wallet die memang dh nak jahanam pon. tp aku tak sure die suke jenis macammane. kang ikot tekak aku die tak suke plak
  • jam - ni ramai orang punye cadangan sbb orang kate die akan pandang jam tu hari hari. Tapi jam mahal wehhhhhh...mak takdo bajet la kalo dh nk sampai seribu. ni pun aku tak sure jam cemane die suke. yang aku tgk nk dekat seribu tu mengikut sesedap mata aku memandang la kan..wahahaha

aku tau die tak kesah dan aku tau dan sangat konfiden die takkan expect aku kasik ape ape pon. tp sebab aku ni kan sayang bagai nak rak. dan aku plak jenis suke memberi adiah. and aku ni jenis kalau kasik adiah suke studu orang tu cemane. barang ape die suke.

orang banyak cakap ngan aku..bagi jelah adiah pape..die mesti suke sbb orang bagi. Tapi..taktaulah..if dat person means a lot to me..aku akan seboleh boleh kasik adiah yang die suke.

Oh dem..this reminds me..anak kecik aku nye birthday bulan depan. ape nak kasik ye utk budak 2 tahun? auntie lala kasik awak educational punye mainan ok tak dik? kang aku kasik anak patung die tak main..kang sudahnye aku jugak yang pelok kang. hahaha..takpon die stunt nye anak patung tu. anak aku tu ganas. namenye seindah alan "azreen qirana"..tapi keganasan nye..boleh lawan muhammad aqil. eh itu anak orang lain..wahahahha

disebabkan mensurvey adiah la smlm aku tawaf KLCC..dh ade lah sikit sikit idea and corak mengsavingan aku untuk bulan ni dan bulan depan. tak raya la aku tahun ni. sebabnye:

  1. adiah anak kecik
  2. adiah apak
  3. adiah omok
  4. duit raya untuk anak buah dan kazen blom bekerja

lepas tu kan..lepas tu kannnnnnnn..smlm time aku jalan2 carik adiah untuk si along yang birthday celebrationnye adalah malam ini. aku lalu kat Folie Folie. OMGGGGG...aku terpesona..aku tergoda terkuciwa..dari kerana mataaaaaaaaaaaaaa...malangnya duit tak cukup..eh cukup sebenarnye tp nk saving kan untuk bebende di atas tadi..




lawa kannnnnnn..especially gambar no 2 tu. itu adalah pendant. die kecik je sebenarnye..tapi adalah sangat menggugat iman aku weh...siott aaaaa..tamau masuk Isetan dah pasni. huhuhhu..

sape nk belikan kite sempena adiah Aidilfitri...weeheeee

Friday, July 22, 2011

Kene Gigit

Siapalah punya angkara ini


jenuh aku mikirkan manelah aku dapat lebam sebesar dan sepurple itu. Pikir punye pikir punye pikir, mungkin juga disebabkan Jumaat lepas office aku ade buat pemindahan perabot secara besar besaran. and beeing clumsy me..dah tentu aku puyuh puyuh ke sane sini untuk settlekan kedatangan ahli baru iaitu mesin fotostat untuk menggantikan yang lama. jadi apabila aku ni puyuh puyuh dah tentu banyak bende aku langgar. dan terhasil lah sebegitu..

sakit dowh..tapi salu kalau lebam lebam begini mak aku salu cakap aku kene gigit hantu. Sama ada aku mandi malam atau aku keluar maghrib. Tapi memang pon jumaat tu time maghrib aku masih berada di jalanan. Mungkinkah time aku berada di jalanan ade hantu dok sebelah aku dalam kereta dan menggigit aku. awwwww..hantu ni..janganlah gigit gigit..ai seram okkkkkkkiesss

hahahaha..sebenarnye aku kesengalan di ofc membuat claim. makanya aku pon jadi masuk air sebegini. Sekian

Thursday, July 21, 2011

Ganti Puasa

Makin sikit puasa yang aku kene ganti ni, makin kuat godaan makanannye. Semalam sebelum keluar rumah Mak Ajis dah bagitau die nak masak kari burung puyuh...oh nooooooooo!!! aku tak makan burung puyuh tapi taklah sampai geli nak nengok gambar burung puyuh seperti yayang. hahaaha. aku terus

"ish tamau lah"
"sedap la..makan dulu"
"takpe takpe..mak goreng telur je untuk la"

waahahahaahah..best tak wayang aku? Skali petang smlm sebelum balik keje Mak Ajis call.

"Mak masak ikan masak cili untuk la"

weehuuu..berjaya. ko hengat die nak kasik anak die makan telur goreng je untuk berbuka. Kalau nak ikut, aku tak kesah pun. Ikan goreng pun takpe. Tapi disebabkan namenye adalah Mak Ajis..die buat jugakkk..wakakakka

Bile aku balik dah tentu penat .. panas..sume pon ade lah. Almaklumlah puasa.

Muka penat + Puasa + Suara kecik comel = dapat air tebu

wahahaaha..semalam kan pasar malam. So memang wajib aku mau air tebu. Pak ajis gigihla belikan untuk anaknya berbuka puasa ini. Sudahnya juadah buka puasa aku ...

ikan masak cili
telur masin
air tebu
kari burung puyuh
sambal belacan

kari burung puyuh tu aku amik kuah je. Sambal belacan aku tak makan sebab...aku ade tempoyak kacau. Suspek tiada dalam gambar sebab masih berada dalam peti ais. wakakaka.. Sudahnye semalam kekenyangan tahap kambing wehh...

Alhamdulillah.

Wednesday, July 20, 2011

Craving for Things to eat

bila dah tinggal 2-3 hari je nak ganti pusa ni, mulalah tekak aku buat perangai. Nak itu..nak ini..Antara yang dicraving adalah

  • Teppanyaki Sg Wang
  • Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang
  • Sushi King
  • Bubble Tea
  • Nasi Daging Black Pepper Kota Warisan
  • Makanan makanan di William

Adoih laaa..tapi syarat aku kenekan di atas diri sendiri adalah..Tak boleh keluar kawasan sampai habis ganti puasa. Cemane nieh..Tak keluar kawasan tak dapat la makan bebende nieh..Baeklah..akan aku gigih ganti puasa sampai hari Jumaat. Tinggal 2 hari je nieh. Hari ni Insya Allah lepas sebabnye skang dah jam empat. Lagi beberapa jam je lagi nak berbuka kan..hahahah

tapi sempat ke aku nak habiskan craving aku tu dalam minggu depan nie. Kopak aa kalau asik nak masuk KL je daripada luar kawasan kan..adoih. Takpelah..kite makan ape yg boleh je dulu ek..

Tuesday, July 19, 2011

Pekik Pekik Drama

tadi aku terbaca entri Kaedah lebih berkesan menegur lelaki di sini.. ada kebenarannya aku rasa. Sebenarnya aku seorang yang cepat marah. Kalau ade benda yang aku suspicious merepek repek..cepat je darah naik ke kepala. Terus berdenyut denyut kepala aku. Tapi tidaklah sampai memekik di khalayak ramai. Dulu aku jenis yang menyerang bertubi tubi..I mean soalan demi soalan..Macam macam taktik aku buat.

Dah lama lama aku penat. Yes aku banyak berubah as a person since aku ditinggalkan kekasih dalam masa 3 jam. Cerita dah lama..dah basi tapi terlalu terkesan dalam hidup aku. Before him..aku seorang yang sangat penyabar. boyfriend kantoi ade orang lain pun aku sanggup tunggu. Tapi lepas dengan yang meninggalkan aku dalam masa 3 jam tu, aku jadi seorang yang tak penyabar. If aku rasa dia ada orang lain aku kana push dia confess. Sebab aku nak settle cepat supaya relationship tak drag dan menyakitkan hati aku.

Sekarang..macam terjadi penyabar balik. TER okk..tak sengaja. Sebab? Entah lah..aku pon taktau kenapa..faktor usia kot. Almaklumlah..dah masuk 3 series this year. Hehehehehe..dan manjaness and mengadaness itu memang takleh lari dowwhhh..nk buat cemane aku anak tunggal kan.

Kdang kadang seronok tengok drama percintaan orang lain. Gaduh gaduh pujuk baik balik. macam seronok pon plak kengkadang aku rasa. Tapi aku rasa untuk umur mcm aku ni letih kot nak gaduh gaduh pujuk nieh. Orang bad mood 2 hari pon aku dah rasa letih nak layan. sometimes I feels like I don't have anymore fight in me. Ceh padahal tadi teringin bila tgk drama orang..tp dah tadek fight pulak..aiyoh..

Sekarang aku..dalam minda dan hati je drama jerit jerit pekik. Tapi bila nak keluarkan aku carik ayat sebaik mungkin supaya tidak menyinggung dan tidak disalah anggap. Tapi relevan untuk org aku sayang jelah..kalao orang aku tak suke..mampos di situ..eh garang balik dah budak nieh