Friday, May 27, 2011

Schedulled Post, Pre Post, Postpaid, Pre paid

woi..ape da kau merepek ni saitoonnnnnn........sebenarnye by the time post ni keluaq, aku dah keluaq KL dah pon. Seksilap dah keluaq Mesia. Tapi tadaklah jauh mana pon. Nek bas jaa..eh...cop apsal aku salah negeri nieh. Mementang nak menghala ke belah utara. Teghiuh loghat pon terlajak jauh nun..padahai tengah mesia ja negeri tumpah darahku ponn..wakakka

ok back to da future. Ok fine hari ni aku banyak merepek. Pasti sebab overdose Fettucine Carbonara semalam. Gile kentang weh kekenyangan semalam. Kalau time dinner takpe jugak ini jam 12 tengah malam aku habiskan pasta tersebut. Gile full lalu tido dengan lena. Mane ade orang kenyang tido tak lena. Tol tak?

diella...............!!! Focus Focus !!! *sambil petik petik jari depan muka sendiri. Ok aku actually nak pegi holiday bersama sedara mara sejagat. Walaupon ramai geng seangkatan tak dapat menghadirkan diri seperti ada agenda percutian lain di masa akan datang, cuti tadak, menonton konsert dan sebagainya..opsss..ngehhehe..Lame dah family tak buat outing sebegini. So even though aku tau daripada awal yang geng seangkatan ramai tidak dapat menghadirkan diri tapi aku fedulik hapeee...janji beramai ramai..makk sookaaaa okkkeenggg

Pesanan kepada yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya..dok KL bebaik. awak jangan buli anak saye tu terok terok sebab kang kalo saye datang umah awak die buli saye pulak. dan kepada awak yang lain tu selamat tengok konsert elok elok. eh tengok konsert maneleh elok elok ye tak..tak feel la kan. sile tengok dengan semangat lupa daratan yang hebat skali ye.

Yang berada nun jauh di sana..ai baru baca blog yu..anything you want to tell me yang..? but probably aku dah cll ko pon sbb aku cadang nk cll ko lepas aku balik keje nieh. kepada yang baru menyambut hari lahir selamat mencari aktiviti yang tidak membosankan di hujung minggu ya..

dan kepada yang lain lain..ingat pesan mak mak kite kekecik dulu..

"do not follow other people who offers sweets, candy and chocolates as you will be harm and expose yourself to danger"

Pesanan khidmat masyarakat ini adalah daripada si comel gemok yang tak ada tulang belakang. Sekian terima kasih.

Happy Birthday Shidot

This entry is especially for my bestie Shahidah Samsudin..*ntah btol ntah tidak aku eja name pak sudin nieh..

Yes I know it's already late but...better late than never kan. Lagipon aku dah call semalam.Aku busy nokk semalam..nak kencing pon terpakse tahan nk dekat sejam setengah sbb busy dan meeting meetong dowhhh.

She's da greatest friend ever. Susah senang sedih gembira aku dengan dia. Even she's not always beside me literally, but I know she'll be there for me when I need her the most. She gets me when other people don't. Ok yang tu she got da priviledge sebab die tgk muke aku sebelum die umo 6tahun. So wat do you expect la kan.

Thanks for being da greatest fren ever. For tolerating my crap. Enjor your new life..you are a great daughter, sister, friend and wife.

Gambar kitorang hanyelah yang ini..yang lain tadak dah ilang bersama laptop


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 18, 2011

Salah Siapa

lagi sekali aku dilanda masalah apabila aku dah taip panjang panjang tetibe aku rasa aku perlu menjaga sensitiviti ramai pihak yang membuatkan aku terus delete the whole entry. Aku ni orangnya emosi tak stabil. Bila aku dikelilingi orang yang drama, emosi aku menjadi tak tentu hala.

Hanya beberapa orang je yang boleh buat emosi aku stabil. Kalau tak stabil pon sebab aku terlebih happy atau terlebih mengada. Salah seorang nye adalah Shidot. Kalau dengan yayang selalu juge tak stabil sebab aku terlalu protektif dekat die. Kalo korang rase aku mengarot, Teacher Teh ni lagi merepek mengarot tahap dewa weh. Macam kalo die sedih..aku pun macam nak sedih jugak. Mungkin sebab her past relationship buat aku over protektif kot. Die punye daya kesabaran kalo sayang orang lagi hebat drpd aku wooo...jd mcm aku tamau die sedih..jd bile die sedih..aku yang over mikirkan sentap dan sedih die sampai aku yang tak stabil. Dengan shidot selalu je emosi aku stabil sbb kamon la..she's with me since I was 4-5 years old. Lame weh..eh ke die yang emosi salu tak stabil layan aku..wakakkaka

Aku ni orang nya sangat menjiwai watak..Kalau kawan sedih, sakit hati..aku pun same. Sampai aku yang kadang kadang over the limit. Tapi ade juga kawan yang susah je carik aku. Bile die kusut mule nak tuduh aku yang bukan bukan. aneh bukan? Kalau rasa akulah segala punca masalah dalam diri kau..tak payah kawan dengan aku kan senang. Asal pasangan ko ade affair..tau rahsia kau ..semua kau rasa aku. kalau macam ni we might as well be strangers. Rite? No?

banyak orang dh nasihat..ramai dah pesan. Tapi ok fine aku yang degil. nak wat cemane..kepala batu besar juga ada duduk. Dah dah aku nak siapkan keje ni. Motivasi ke tempat kerja merudum lagi.

Thursday, May 12, 2011

Cinta Hati Saya

Lame tak tengok anak kecik saye. Sebabnye mama die dengki. suke bawak die jauh jauh daripada kite. Wahhh....drama ok..hahahha

Ape yang die dah pandai:

Pandai cakap
Pandai tarik tarik orang gi dapur sebab nak tunjuk botol air die
Pandai marah orang. Takmo mama die mandikan. nak baba die je. Demand awk ni dik tau
Pandai makan dah
Pandai macam macam lah

Geram aku dengan die ni tau. Sangat la lazat untuk digigit, untuk dikunyah dan juge untuk di pelok pelok. There are no words to describe my love for her. Ok entri jiwang. Korang tengok la ni..

budak notty

tengok lah tu. Cemane aku tak cair. Die dah kurus. Agaknye sebab banyak berjalan & main kot.

Dik..biar auntie lala takde bf .. takde kawan. Biar sume orang tinggalkan auntie lala. Tapi selagi adik ade je kasik senyum camni kat auntie lala..Auntie lala tak kisah sume orang tu tinggalkan auntie lala tau. Ish awak takyah besar la dik..Boleh?

Wednesday, May 11, 2011

Why Now?

2 kali aku menaip panjang panjang untuk bercerita..tapi semua aku Ctrl + A & Delete. Aku rase macam dah tak musim untuk aku bercerita pasal hal orang yang dump aku tapi datang balik. Situasi tetap sama..tinggalkan aku or MIA untuk bersama orang lain. Lepas tu datang balik. Aku dah lali. Tapi tetap aneh kenapa situasi ni berlaku.

Kenape baru nak sedar how worthy is dat someone when you are already not with them? Kan dah lambat. Yes I do believe in second chance but not I've been dumped over some other girls. Kalau sebab lain Insya Allah aku boleh kasik chance.

But all in all it doesn't matter dah kot. You don't matter to me anymore. Aku just nak bende yang tenang je sekarang. Taknak benda yang kusut kusut dah. Biar tak happening..janji jangan kusut. Not in a relationship pun takpe janji tak semak.

Happy ke aku sekarang? Maunye tak happy kalau baru jumpe anak dara aku itu..meh tengok muke anak dara nieh..



Entri lepas ni lah kite citer pasal die ye..Muke awak cam Aaliyah la dik..meh geget pipi seposeng sket..*gambar kene crop..mama die bajet artis..waaaaaaaaa...

Monday, May 9, 2011

Complicated?

I don't remember the exact conversation but he said that I'm complicated. Aku argue. Bila masa tatau aku buat hal yang kompliketed kat dia ntah. Jawapan dia..

Tak kompliketed konon. Tu dalam blog darkangel pe bende ntah cakap A very complicated girl

ok finee...mak terdiam nokk. aku tak boleh nak argue lagi dah. Itu description 3 tahun lepas. memanglah. wahh defensive kau ye wahai cik diella. Malas la nak tukaq..

Wahai yayang ku teacher di Sampoerna..bolehkah yu kasik ai write up kat description yang bes? Otak ai malas nak gerak la. Aku malas nk mintak kat copywriter tersohor. Kang die claim chilis beribu ribu lemon. Cemane?

Aku hutang entri review movie Thor & Too Fast Too Furious 5..Oh ye dan juge review buku Marian Keyes. 2 of it actually. Adoih..Lame tak buat entri berilmiah trus cam jem otak aku. Eh ilmiah la sangat kannn. takde maknenye.

Lately jarang update. Maaf sebab malas yang teramat sangat. Sebab lain adalah ai busy. dah malas nak elaborate ye anak anak. Disebabkan aku tersangat lapa tapi kene jadi penunggu kat office dan juge menyiapkan proposal, jadi aku akhiri entri dengan lagu Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta.

Lagu tiada kena mengena dengan aku. Tapi aku rasa macam dengar J Rocks nyanyi..Ke perasaan aku je weh kerna terlalu obses dengan J Rocks?
Aku bukan yang sempurna
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Termeterai di hati
Tinggal hanya mimpi
Untuk selamanya

Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Berkecai kasih yang tercipta
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Di sini ku doa kau bahagia
Bersama dirinya

Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci

Tuesday, May 3, 2011

Rencah Orang

Ingredients
3 cups of kind hearted
1 litre of laughter
3 heaps tablespoon of conversations
2 slice of love handles
1/2 cup of sarcasm

Method
Mix all of the ingredients and pour the mixture into a jug. And drink it whenever you want it.

Mmmm...sedap lazat..addicted..craving..*Pitammmmm