This is a Sticky note for a week. Entry baru dibawah..(waahhh...bajet cam kau update blog tetiap hari kan).
Sabtu depan (30 July 2011) dapur Mak Ajis akan dibuka. Maknanya bermula lah sesi membuat kuih every weekend sampai nak pitam melihat bancuhan tersebut. Jadinya biskut biskut yang boleh diorder adalah seperti dibawah:
Flaked Almond Cookies - Sebalang 300gm = RM22
Chocolate Chip Cookies - Sebalang 300gm = RM22
Bright Eye Susan - Sebalang 50 pieces = RM22
Maaf sample tadek sebab kitorang memang hanya akan bukak dapur bila nak settlekan order sahaja. Jadi untuk regular customer dan tau lah macam mana rupa paras dan rasa kuih muih tersebut ye. Untuk new customer, aku explain lah sesikit cemane rupenye.
Flaked Almond Cookies
This is our specialty. Dalam ade rolled oats and atas ade slice almond. Jarang orang order hanya sebalang. Kalau dapat kat kazen kazen dan kawan rapat, diorang selongkar bilik simpanan kuih mak aku bawak balang besar ke ruang tamu dan makan sengsorang..tamak ok diorang nieh
Chocolate Chip
What more can I say. Chocolate Chip is chocolate chip la kan. But aku punye ade Macadamia nuts. Bukan di potong kekecik ye..Aku potong 2 sahaja. So nasib kau lah kalau aku scoop byk macadamia..byklah kacang ko dapat dalam sebijik biskut tu.
Bright Eye Susan
Biskut yang diselaputi dengan chopped almond and kat atas ada smarties. Ini selalunye akan diorder oleh orang yang ade kanak kanak di rumah sebab budak budak suke biskut ni because of the smarties.
My recommendation? Semua pon sedap. Tapi untuk manusia manusia yang meragui kebolehan aku di dapur boleh lah order Chocolate Chip sebab biskut tu aku buat seorang. Mak aku pantau je. Biskut lain lain kitorang buat sama sama.
Kalau nak order boleh la call / message / fb / twitter / BBM aku. Kalau nak email pun boleh. Email aku
gorgeousangel [dot] d [at] gmail [dot] com. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment