Wednesday, February 16, 2011

Ish..tak suka lah

Aku ade beberapa benda yang aku tak suka..dan kadang kadang aku boleh jatuh benci. Antaranya..

Banyak soal apabila di kelab malam
Segala sesi suai kenal sila lakukan di Pelita KLCC.. Restoran Kampung pandan atau apa2 yang seangkatan dengannya..Apabila da musik..sila layan atau pon menari. Ko ingat kelab malam tu mapley untuk ko sembang sembang. Mak ni dah la pekak sikit dek non..dengan soalan lagi..nak jawab lagi..haish

Bile aku kata takde mood
Hish..bile aku kate takde mood dan tamau bercakap tu..tolong la jangan tanye kenapa..dimana..bagaimana dan sebagainya..mak letih la nok. tapayah ko nak ovekonsen..aku lemas. bile aku dah ok..aku bercakap

Bila aku sibuk bercinta dengan hp aku
aku PALING BENCI apabila orang kecoh bile aku tengah mengadap hp aku..especially apabila aku tengah menari..orang sebok nak tutup skrin hp aku..woish..aku multi tasker la bodoh..lagi satu, kalo tengah lepak..ko tak berborak ngan aku tapi ko kecoh aku main tipon..

yang ko nak bising..tipon aku ni...bil bulan2 aku ni..ko bayar? Kalau bukan kau yang bayar semua tu...sile shattapyuh!

0 comments: