Blog ni bukannya bukannya dah bersawang dah..kalau ini adalah rumah betul siap dh ade makhluk halus menumpang dah sebab sunyi sangat. Aku bukannye ape..aku busy di twiiter. Kalau nak bace pasal aku..tweethandle aku is @diella15 . wah diella kau bajet kau retis ramai orang bace blog and terus nak follow kau? tiadalah maknanya weh.
Sekarang aku nak backing diri aku apsal lame aku tak update blog selain daripada aku lebih galak bermastautin di Twitter. Sebabnya adalah seperti berikut:
1) aku dah malas nak tangkap gambar. sebab pada aku apalah maknanya blog tidak bergambar kan. dah lah ayat2 dalam blog aku ni bukannye sedap pon untuk korang bace. bukannye macam blog yayang aku tu. walaupun entri pendek tapi cam pandai lah die susun ayat. mungkin sebab die teacher
2) Aku busy kesana kemari teman kan orang appointment insuran bagai. So kalau sesiapa belum ada insuran tapi berminat nak mengetahui lebih lanjut pasal Prudential BSN insuran ni, sila email aku kat gorgeousangel[dot]d[at]gmail[dot]com. Taknak amik pun takpe. menambahkan pengetahuan pasal insuran tak salah kan sebab aku faham mentaliti orang melayu ni, dah terkena baru nak beringat. sebab ade yang dah terkena masuk hospital berkali kali pun still tak nak ambik insuran jugak
3) aku dah tak tau apa nak cerita dalam blog aku ni. dulu aku rase macam blog ni macam diari aku so ape aku nak cerita, ape aku nak membebel aku akan blog kan. tapi sekarang aku rasa macam aku kena menjaga sensitiviti sesetengah pihak dan macam aku rasa life aku tak menarik sangat pun untuk diblog kan.
4) selain daripada malas tangkap gambar, aku juga malas nak transfer dan upload gambar. kene plak dengan sifat pelupa yang makin menular dalam diri lagilah membuatkan aku malas. Faktor usia mungkin
tu je lah aku punye self defense. ahahahahha. perlu ke defense diri sendiri as if macam ade orang baca kan. wahahha feeling sangat nok. tapi sekarang aku rasa macam aku nak blogging balik sesikit lah. sebab pendam banyak sangat pun tak boleh sangat ye tak. gila nanti jadinya. so long peeps