Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu

2 weekend lepas aku pegi tengok cerita sedang hangat kat wayang iaitu...


Aku pegi tengok dengan siapa? sudah tentu lah dengan cinta hatiku a.k.a kakak tiri iaitu si Alyn tu. Sape lagi aku nak tengok wayang kalau bukan tak dengan si sengal tu. Segale jenis cerita yang bf die takmo tengok die akan heret aku..

Pada aku cerita dia best. Emosi aku biase je tapi tipulah kalau aku kata aku tak nangis. Tapi takde particular scene yang buat aku menangis. Air mata just meleleh sebab because of the whole idea of the movie. Tapi adegan yang buat aku tersentuh is when Izzah terjatuhkan jam tangan Harris kat dalam sungai. Aku sangat faham weh perasaan itu. Sangat sangat faham.

Personally this is far much better compared to LBS. Maybe jugak sebab LBS tu aku dah bace and it's fucking LBS weh. Sepatutnye memang kene sangat menyentuh perasaan. Ok back to the Ombak Rindu. Aku tak tau samada hati aku dah tepu dan tidak berperasaan atau memang cerita ni sedih tahap biasa biasa je. Aku takdelah sampai menangis hingus meleleh leleh. Hanya sekadar menitis air mata je and by the time cerita tu habis..air mata dah kering kat pipi aku dan mata pun tak merah.

Iya mungkin hati aku dah tepu. Sebabnya di hujung cerita ni aku just rasa nak jerit

"paleotak korang mane ade lelaki macam Harris ni. Tipu je semua ni."

Cerita ni bakal buat majority gadis berkeinginan untuk mendapat pasangan seperti Harris. Lelaki kejam memang banyak. Tapi nak carik lelaki sweet katak macam tu. In your dreams la weh. It's either hanya di awal percintaan atau your partner is cheating on you. Nak menghilangkan rasa bersalah lalu berlaku sweet terhadap pasangan.

Warning: Cerita ini bakal membuat gadis2 emosi lalu menagih perhatian yang lebih daripada pasangan masing masing. This is based on my own observation

0 comments: