Wednesday, October 19, 2011

Aku yang Aku

Few hurtful things happened for the last few weeks that wreck few 'ships' in my life. But then again maybe Allah showed me the way after few series of solat istiqarah. So now I'm back to square one again. Only my workingship is progressing. Alhamdullilah.

Workingship progress is really good. The fact that I'm in the office at 7.30am everyday is amazing right. Banyak keje dol  nak buat. Adoih.Routine still routine. Pegi keje balik keje. Lepas Isyak tido. Hahahahaha. Weekend seharusnya wajib dibooking oleh Mak Ajis. But this weekend is quite full. Especially on Saturday. Morning is Mak Ajis session. Die nak pegi jalan kenanga plak. Misi mencari jubah masih belum selesai. Last week tawaf satu SACC Mall pon takde yang berkenan. Ade yang berkenan di hati tapi tak berkenan dek wallet mak ajis. So this weekend die nak menuju ke Jalan Kenanga pula. Lepas Zohor ade sesi jimbarion dengan mak orang. Dan katanya mak orang tu yang nak pick up aku. Yay!!!

Highlight is on Sunday in Stadium Merdeka. Sheila on 7 is coming y'all. walaupun concert kecik organize by Celcom, tapi aku pedulik apa weh. Janji bisa ketemu apa Eross dan Duta. Oh chenta hatiku.

Today after work I'll be doing few important things. Insya Allah 2 kali trip settle lah kot. After that starting new in January 2012. Insya Allah. Thanks for all the support dearest friends.

Tuesday, October 11, 2011

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

Taken From My Amethyst

Tuesday, October 4, 2011

ini baru betul

korang pernah benci tapi cintakan orang yang sama? Yes sekarang aku di dalam posisi tersebut. Ya Allah kalau ikotkan aku punye benci..benci ya amat amat dengan manusia ini. Bile benci aku datang macam nak jerit pekik depan muka die. rasa macam boleh mengeluarkan kata kata makian 88 muka surat dengan sekali nafas. Begitulah aku apabila membenci dirinya. Benci bila dia tidak relible. Yes aku benci orang yang tak reliable. Aku benci orang yang mengeluarkan statement "I'll confirm with you later". "Esok I call you". "You tido dulu..nanti I watsapp". Benci ya amat aku dengan orang sebegini sebab confirmation later tu nan adoooo.. "u..I letih keje". "You..I keje enam belas jam weekend lepas". dan segala macam you lagi. Bila cinta..eh salah tak cinta..tapi sayang. tapi bila sayang aku pada dia..Ya Rabbi rabbi sayang aku pada dia. Aku sayang dengan orang yang membiarkan aku dengan mengada dan manja aku. "you pemalu nak cakap banyak? Amboih dengan I bercakap tak berenti renti boleh pulak". "I terpacak kat depan tu you tak nampak? I ni macam batang pokok sangat ke?" "Ok I busy ni. Tido dulu *Emoticon ciom*". Ok cinta. Si bongok seorang ini memang ayatnya manis dengan aku ini. Long term aku memang taknak. He's not reliable and situasi memang tidak mengizinkan. Keluar sekadar suka suka. Tapi kebencian melebihi tahap kecintaan. Hahahaha. But at least he has the courtesy to see me on my birthday. Nak harap orang yang konon mau commit dan mengeluarkan statement I Love you lepas tu senyap. Hish ok itu cerita lain yang bisa membuatkan my blood go upstairs. Kesimpulan cerita aku..Aku senang pegi balik kerja tanpa aktiviti lain. Bergaduh dengan manusia ini wajib seminggu sekali. Alah bukannya boyfriend dan aku pasti dia bukan jodoh aku. So wat da hell kan.. when love and hate collides.