Tuesday, December 30, 2014

Hati pecah

Sekian lama. Aku rasa hari ini aku harus meluahkan di sini. Sebab? aku anak tunggal tapi ada ramai abang, kakak dan adik. Walaupun hanya berpangkat sepupu tapi kami rapat bagaikan adik beradik.

Ahad lepas (28 Disember 2014), kami dikejutkan berita salah seorang abang dikejarkan ke PPUM. Strok untuk kali ketiga. Cut it short, Neurologist cakap brain bleed. brain not functioning anymore. bergegas kami sekeluarga ke PPUM.

Aku? Seperti biasa menangis. Abang aku yang seorang ini baik sangat pekertinya. Dia yang jaga aku di saat aku perangai "cantik" sangat satu ketika dahulu. Dia yang pantau aku. Routine aku akan lapor diri dulu pada dia baru aku merayap ke tempat lain.

Semalam lepas kerja bergegas ke PPUM. Nangis lagi.

Daripada semalam reading pulse dan blood pressure makin menurun. Pagi tadi blood pressure langsung tak boleh dibaca. Update terbaru jam 12.49 tengahari baru ada bacaan 43/33. Naik sikit.

Aku tak tau nak rasa macam mana dah ni. Nangis ..doa..nangis..doa..

Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik untuk abangku yang seorang itu. Permudahkanlah segalanya untuk dia. Kau ampunilah segala dosa dosanya. Kau jauhilah dia daripada api neraka.

Jika bersama kami sekarang adalah yang terbaik untuk dia, kau sedarkanlah dia. Tetapi jika kembali padaMu adalah yang terbaik, kau mudahkanlah pemergiannya Ya Allah.

Hanya padaMu sahaja kami berserah.

Amin

Whatever best for this man